USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEMAKLUMAN TARIKH UPACARA KONVOKESYEN KE-64 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

– Universiti Sains Malaysia (USM) dengan penuh sukacita memaklumkan bahawa Tuanku Canselor USM, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, telah berkenan menetapkan tarikh Upacara Konvokesyen Ke-64 USM seperti berikut:

📅 24 November 2026 (Selasa) hingga 1 Disember 2026 (Selasa)
🏛️ Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang

Upacara Konvokesyen Ke-64 ini akan berlangsung dalam empat belas (14) sidang, dengan Sidang Pertama dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Canselor.

Sidang Kedua (S2) hingga Sidang Keempat Belas (S14) pula akan dipengerusikan oleh Pro-Canselor USM iaitu Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, dan Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin.

Lebih 9,000 graduan dari pelbagai peringkat pengajian akan diraikan, meliputi Ijazah Tinggi (Doktor Falsafah dan Sarjana), Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Kejururawatan.

Upacara Konvokesyen ini merupakan detik penuh bermakna bagi seluruh warga universiti, khususnya para graduan bersama ibu bapa dan keluarga, sebagai simbol kejayaan serta penghargaan atas usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh pengajian.

USM merakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas limpah perkenan DYMM Tuanku Canselor bagi penetapan tarikh konvokesyen ini, serta mengucapkan tahniah kepada semua graduan atas kejayaan yang bakal diraikan pada tahun ini.


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025