USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CEDEC METERAI MOU BERSAMA ICDEC INDONESIA, TEROKA PELUANG KOLABORASI SERANTAU DALAM BIDANG SEMIKONDUKTOR

IMG 20260508 WA0147

USM PULAU PINANG, 8 Mei 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Indonesia Chip Design Collaborative Center (ICDEC) bagi memperkukuh ekosistem semikonduktor serantau.

Majlis MoU yang berlangsung di Konsulat Jenderal Republik Indonesia di sini, semalam, turut dilihat sebagai langkah strategik memperluas kerjasama dalam pembangunan teknologi berimpak tinggi antara Malaysia dan Indonesia.

Pengarah CEDEC USM, Profesor Dr. Asrulnizam Abd Manaf berkata, kerjasama berkenaan mencerminkan komitmen bersama kedua-dua negara dalam memacu pembangunan teknologi yang menyokong pertumbuhan ekonomi digital masa depan.

Menurut beliau, kolaborasi itu memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, penyelidikan, dan inovasi dalam reka bentuk litar bersepadu (IC), sistem mikroelektronik, dan teknologi semikonduktor maju di peringkat ASEAN.

IMG 20260508 WA0144

“Kerjasama ini turut membuka peluang kepada perkongsian kepakaran, infrastruktur serta pelaksanaan program latihan dan penyelidikan bersama antara kedua-dua institusi,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi ICDEC Indonesia, Dr. Permata Nur; Pengarah Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin yang juga mewakili Naib Canselor USM, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha; Ketua Pegawai Eksekutif GreatAsic Sdn. Bhd., Ong Chin Hu; dan sebagainya.

IMG 20260508 WA0145

Selain kerjasama dengan ICDEC, CEDEC turut memperluas jaringan strategiknya menerusi satu lagi pemeteraian MoU bersama GreatAsic Sdn. Bhd., sekali gus memperkukuh kerjasama tiga hala dalam bidang semikonduktor.

Majlis itu turut menandakan kesediaan semua pihak untuk memperkasakan pembangunan industri semikonduktor serantau melalui perkongsian kepakaran, penyelidikan, dan pembangunan teknologi secara bersepadu.

Teks & Foto: Pusat Usahasama Kecemerlangan Reka Bentuk Mikroelektronik (CEDEC), USM/Suntingan: Marziana Mohamed Alias  

  • Created on .
  • Hits: 527

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025